top of page
Search
  • Writer's pictureAA INTERIOR STUDIO

8 TIPS DEKORASI RUMAH 'BAJET' UNTUK PASANGAN BARU BERKAHWIN

Untuk yang baru je berkahwin, mesti terfikir-fikir juga kan berbaloi atau tidak untuk hias rumah ?


Dekkorasimy pun faham, bila baru berkahwin ni financial pun tak berapa nak stabil lagi kan ? Jadi jom kami kongsikan kepada anda 8 Tips Dekorasi Rumah 'Bajet' Untuk Pasangan Baru Berkahwin .


1. Depan pintu masuk


Gunakan stail deko bingkai gambar yang digantung penuh sebagai penyambut anda sebaik menjejakkan kaki di rumah. Tempatkan juga satu meja konsol untuk anda letakkan kunci serta surat.

2. Ruang tamu


Penuhkan kerusi dengan bantal kusyen yang disarungkan dengan berlainan rekaan dan warna. Hiasan dinding pun memainkan peranan tau! Di Kaison ada banyak jual gambar asbtrak cantik-cantik. Murah pula tu.

3. Tempat makan


Belum ada anak dan hanya berdua tinggal di rumah? Beli sahaja meja makan yang kecil paling tidak hanya memiliki 4 kerusi.

4. Dapur


Gantungkan juga lampu untuk beri pencahayaan unik. Jangan guna lampu pendaflour. Sila cari lampu yang memiliki rekaan unik dan tambah seleksi pohon renek hidup.

5. Susun atur peralatan dapur


Pinggan mangkuk tak semestinya disusun dalam kabinet. Boleh beli rak dijadikan tempat meletakkan perkakas harian dapur untuk lari sedikit daripada kebiasaan. Ditambah pula dengan tumbuhan menjalar yang renek, terus ‘cun’ dapur anda!

6. Balkoni


Beli sahaja kerus dan meja kayu yang kecil untuk menaikkan seri balkoni. Daripada dibiarkan kosong, penuhkan segenap ruang dengan tumbuhan menghijau.

7. Bilik Air


Gantikan lampu siling yang membosankan dengan lampu dinding. Mungkin kelihatan lebih eksklusif ala hotel. Pemilihan rekaan cermin juga mainkan peranan. Untuk meletak syampu dan sabun, anda boleh juga bina rak pada ruangan dinding atas tandas.

8. Bilik Tidur


Jangan lupa hamparkan set comforter yang cantik agak berseri sikit ruang bilik simple anda tu! Tambahkan hamparan permaidani mahupun sofa kecil untuk menceriakan ruang.

16 views0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


Post: Blog2_Post
bottom of page