top of page
Search
  • Writer's pictureAA INTERIOR STUDIO

WARDROBE ANDA BERSEPAH ? INI TIPSNYA

Almari pakaian merupakan salah satu perabot yang kita akan buka dan tutup setiap hari. Ia mesti lah sentiasa kemas dan tersusun supaya kita nak cari baju pun mudah.

Cara uruskan wardrobe supaya sentiasa kemas !

1. Beg tangan atau apa sahaja beg yang digunakan harian anda boleh digantungkan di pintu almari sebaik sahaja pulang ke rumah. Jadi ia tidaklah berselerak dan memudahkan anda mencarinya.


2. Pastikan anda menggunakan setiap ruang yang ada sebaik-baiknya termasuklah di bahagian atas.





3. Barang yang agak-agak jarang digunakan disimpan dalam satu kotak dan wajib untuk labelkannya supaya memudahkan anda mengambilnya bila perlu.

4. Bagi memudahkan anda memilih pakaian, sebaiknya anda menggunakan penyangkut mengikut warna. Contohnya penyangkut putih untuk pakaian kerja, penyangkut hitam pula untuk aktiviti sabtu ahad dan seterusnya. Jadi tidaklah pagi pagi anda termenung lama depan almari.

5. Sekiranya ruang almari anda agak terhad tempat penggantungnya, anda boleh buat ‘double hang’. Ini juga sesuai untuk baju yang anda dah siap-siapkan untuk di pakai seminggu.

6. Ini penting juga! Pastikan anda memilih penyangkut yang tidak licin hingga boleh menyebabkan pakaian-pakaian yang digantung jatuh dan tidak terurus.

7. Bukan pakaian bersih sahaja yang anda perlu uruskan dengan baik, sebaliknya pakaian kotor juga perlu diuruskan secara bersistem. Labelkan pakaian kotor anda. Mana satu untuk baju putih, baju harian, dan sebagainya.

8. Shawl dan tudung anda yang kerap digunakan bolehlah digantung. Sekarang sudah banyak penyangkut yang dijual khas untuk selendang tetapi sebenarnya anda juga boleh menggunakan shower rings dan letakkan di penyangkut

5 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page