top of page
Search
  • Writer's pictureAA INTERIOR STUDIO

JENIS-JENIS DAPUR

Dapur adalah ibarat jantung bagi setiap rumah. Tahu tak sebenarnya dapur juga mempunyai banyak jenis dan bentuk.


Setiap jenis dan bentuk ini akan mempengaruhi cara anda bekerja di dapur.

1. Dapur Satu Dinding


Dapur satu dinding adalah susun atur dapur yang sangat sesuai untuk tempat tinggal yang kecil seperti unit studio atau pangsapuri kerana ia menggunakan ruang yang minimum.



2. Dapur Bentuk L


Susun atur dapur ni sesuai untuk rumah yang didiami oleh keluarga kecil, dan mungkin juga untuk mereka yang mempunyai ruang lantai dapur yang tak terlalu besar.




3. Dapur Bentuk U


Design dapur bentuk-U pula mempunyai tiga dinding kabinet dan peralatan. Jika anda mempunyai ruang dapur yang besar atau mungkin menghabiskan banyak masa di dapur inilah susun atur yang anda mahu.




4. Dapur Peninsula atau Bentuk G


Dapur Peninsula selalunya direka dengan pulau yang bersambung. Ruang ekstra ni selalunya digunakan sebagai meja sementara, ruang penyimpanan atau tempat makan.




5. Dapur Dengan Pulau (Island)


Susun atur dapur menggunakan pulau akan memberikan anda lebih banyak ruang untuk bekerja dan menyimpan jadi nak masak pun rasa lagi mudah. Pulau ni boleh digunakan untuk ruang kabinet, perkakas, sink, kaunter, atau tempat makan.




6. Dapur “Galley”


Susun atur dapur jenis ni menggunakan dua dinding yang bertentangan antara satu sama lain, yang mewujudkan satu jalan di tengah-tengah. Semua bahan yang diperlukan ketika memasak boleh diambil dengan mudah & pusat kerja juga diletak dalam posisi yang praktikal.



24 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page