top of page
Search
  • Writer's pictureAA INTERIOR STUDIO

JENIS-JENIS PINTU KABINET DAPUR YANG ANDA PERLU TAHU

Dapur ibarat jantung kepada rumah kita tau!


Khususnya buat para isteri di luar sana, betul tak? Pemilihan pintu kabinet juga penting untuk ketahanan dapur anda, tetapi bergantung juga pada budget anda. Jom kami kongsikan kepada anda jenis-jenis pintu kabinet dapur yang anda perlu tahu.


1. Louvered

Menurut pakar, pintu louvered sesuai untuk ruang yang memerlukan pengudaraan kerana ia mempunyai ruang di antara bilah pintu. Tapi pastikan anda tidak memasang pintu jenis ini berhampiran mesin pengering, radiator, atau kabinet pantri.


2. High Gloss

High gloss merupakan pilihan yang tepat untuk dapur moden dan berkesan untuk menjadikan dapur anda kelihatan berkilat dan besar. Salah satu kelebihan pintu ini adalah kotoran dapat dibersihkan dengan amat mudah sekali. Lap lap dah bersih dah!


3. Glass Door

Glass door boleh menjadi sangat mahal di pasaran sekarang, tetapi ia pilihan yang tepat jika anda inginkan dapur yang cerah dan luas. Dengan glass door, anda akan mempunyai akses yang mudah untuk melihat barang yang ada di dalam kabinet anda.


4. Beaded Inset

Pintu ini mempunyai banyak cara untuk dihias untuk ruang dapur. Sebagai contoh, anda boleh menambah bentuk yang lebih ‘detail’ seperti alur atau bahagian tepi yang dipotong ke dalam kayu. Pintu ini selalu digunakan untuk dapur yang berkonsepkan ‘Modern English’.




31 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page